Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...

Monday, February 28, 2011

Sedetik Lebih

Posted by Emiera Roselle at 10:02 AM 0 comments

Watch Anuar Zain - Sedetik Lebih in Music  |  View More Free Videos Online at Veoh.com


Skang ni aku sgt meminati lagu nih..sekali dgr aku rase xde pape..mgkin x mghayati lirik nye btol2..2kali dgr, 3kali dgr, bnyk2 kali dgr…wah aku rase lagu nih bezz sgt2..ari2 aku dngr..hehe..ok laa xnk citer bnyk..kpd cape2 yg lum nah dgr lg, dan kpd u all sumer, jum kte dgr same2..layaannn….

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
..............

Sunday, February 27, 2011

Emiera sudah pindah...

Posted by Emiera Roselle at 11:23 PM 0 comments

Cantik x umah nih?? huhu..

Itu uma bkn sy yg punyer..hehe..
Uma tu dpn uma aku..
Uma aku yg bwh nih..

x smpt nk capture penoh..batri dh kong..hehe..
Ape2 pun aku dh pndah dari wisma mais tuh..
Seronok gler taw…


Pagi td ibu, ayah dan adikku zima dtg cni..adikku tqa xdpt dtg sbb nyer dia de program di kolej nyer..sguh kecian..kte owg angkot barang2 ku yg bnyk itu laa..lepas tuh kami pergi kompleks pkns..jalan2..hoyeh2..seronok jalan bsme kuarge..rndu sgt pd diowg..makan2 kat sane..bli barang aku..bawu aku taw upe2 nyer oxy acne wash dh btuko wajah..bkn itu jer sgale pncuci muke dia dh diperbaharui..patot laa aku carik2 oxy yg wjh lame tuh xder..hehe..lps d teliti btol2 dia wane ijau lak label nyer..cam kat bwh nih..


Naper aku kai Oxy Acne Wash?? Sbb nyer kulit wajah ku terdedah kpd pimple..tp skang alhamdulilah smnjk aku gunekn dalacyn-t nih kulit wajahku dah berkurang pmple nyer..hnye tgl bks2 pmple yg susah tuk di tanggal..aduyai..cam ne yer?? ade x produk2 yg ley ilangkn bks2 pimple nih?? Kalo de bg taw laa yer..huh..


Kalo nak taw,,,bukan parent aku jer yg dtg taw..mak long, pk long, serta ank2 nyer emy dan fami jgek turut serta..kami btemu di kompleks pkns tuh..mreke pon turut g ke umah sewe bawu ku nih..hehe..bkn nyer aper laa..nnt senang kalo diowg nk mlwt atau nk amek aku blk..me kaceh sumer..untung nyer aku de kuarge bgni..hoho…



Malam ini malam pertama aku tdo di uma bawu..bilik aku master bathroom taw..huhu..jgn jelezz..tp agk kurg bersih blk dn bilik air nyer..buat aku kurang slese..mgkn dh d tglkn lame..tah laa..ape2 pon segala2 nye sudah aku kemas..bilik ini dh aku sapu dn mop..toilet dh aku sental sebersih2 nyer..buku2 dh di suson..pendek kate dh perfect..maka dpt lah aku tdo lene mlm ini..oyeah! tp uat smntara nih aku tdo seowg di bilik ni..kerna kwn ku seowg lg mungkin akn pndah jgek ke cni dlm mgu nih..make alkisah nyer,, untuk smntara wktu ini,,bilik ini ana yg punyer laa..hehe..


Saturday, February 26, 2011

Yeah! hari terakhir ku menaiki bas...

Posted by Emiera Roselle at 6:53 PM 0 comments

seperti tajuk di atas..
hari ini merupakan hari terakhir aku berulang alik dari
wisma mais ke unisel dengan menaiki bas..huhu...
jimat rm1 aku tuk sehari..
mulai senen aku akan berjalan kaki ke kelas...yeyeh!!
x perlulah aku berciap awl2 lg...suke nyer...
x perlulah aku berebut2 lg nk naek bas..
x perlulah aku melintas di dpn mc d tu lg..
dh laa bnyk sgt kete..berejam aku nk tgu tuk mlntas..aduyai..
ape2 pun sume nye ini dh berakhir..huhu..
x sabo nak dok umah bawu nih..
s0k papa n mama ku dtg..yeah!!
diowg nk transfer kan barang2 yg bnyk nih kat uma bawu ku..
untung nyer aku de parent bgni yg syg sgt pd ku..
i love u so much laaa...muahh!!
bye!! bye!! mais.....huhu.....




Monday, February 21, 2011

Jom join Faceblog !!

Posted by Emiera Roselle at 12:01 AM 0 comments

Edit

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Huhu..Faceblog laa pulak..macam2 laa..
hehe..waloapepun aku sukekn nyer..
sbb wane fevret aku..PINK!!! 
jom laa ramai2 join FACEBLOG nih yer  J


Wednesday, February 16, 2011

Yahoo Mail Beta

Posted by Emiera Roselle at 12:19 AM 0 comments

Huhu...saat aku nak buka emel aku..

tiba2 ternmpk advrtisement yahoo mail baru nih..
aku pun try laa..wah ..
cantik nyer yahoo mail baru nih taw..
aku suke sangat..


jeng...jeng...
ini lah wajah baru yahoo mail aku...
PINK !!!



Ada pelbagai theme taw..
cantik sangat..



kite pun ley chat..
ade ruangan yg disdiakan..
tu tngok tuh cam fb pulak kan..
kuo kat bawah chat nyer..hehe.
tp nih bbeza cdikit..


kepada kawan2 ku, ley laa cube yahoo mail baru nih..

SELAMAT MENCUBA !!!


Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H

Posted by Emiera Roselle at 12:06 AM 0 comments

[Maulidur+rasul.jpg]





Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

Salam Maulidur Rasul buat teman- temanku sekalian

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.
Hari ini, 12 Rabiulawal  umat Islam menyambut hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Baginda diutuskan oleh Allah SWT bagi  membawa umatnya ke jalan yang mulia, jalan yang diberkati Allah SWT. Semoga hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ini dapat dihayati dengan penuh keinsafan dan kasih sayang terhadap junjungan besar kita.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432 H

Hari ini aku nak menulis entry tentang Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w. Entry nih aku terbaca di sebuah blogger. Marilah kita sama-sama membacanya dan menginsafi kisah ini. Moga kita boleh mendapat syafaat dari Nya. InsyaAllah..
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.'' Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"


Itulah serba sedikit tentang keajaiban yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sama-samalah kita renungkan dan fikir-fikirkan. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda s.a.w , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.  Semoga hidup kita di muka bumi ini mendapat keberkatan dari Nya. Selawat dan junjungan ke atas nya. Kelahiran engkau ya Rasulullah membawa seribu sinar kepada umat mu di atas muka bumi ini. Alhamdulilah..







Tuesday, February 1, 2011

KFC Fish Donuts !!!

Posted by Emiera Roselle at 7:07 AM 0 comments



KFC Fish Donuts !!!


Cape nak??
 angkat tangan..
huhu..gi laa ke kfc yg bhmpiran dgn anda..
hehehee...


Wah! x sabar aku mau mnikmati hidangan kfc baru ni laa..
nyum!! nyum!! nyum!!
cedap nyer hg mnjlat jari..
huhu..restoren fevret aku..

sok beday adik kesayangan ku..
balik nnt nk celebrate beday dia laa..yeah!!
jum kte p kfc yer...
x sabar nyer nk balik melaka..
rindu sgt same ibu, ayah, tiqa dn zima..
i love u all so much!!
miss u a lot!!!
Tunggu kan kepulangan kakak yg tersayang nih yer..


Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template