Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...

Friday, March 28, 2014

Quran ReadPen

Posted by Emiera Roselle at 7:08 PM 0 comments




Kod Produk
QRP01


Harga Termasuk Postage
RM 200.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Keistimewaan

1. Menunjuk dan membaca apa-apa ayat atau surah (pada Al-Quran yang disertakan dalam set pembelian ini) yang ditunjuk menggunakan ReadPen.

2. Menyimpan audio MP3 tambahan dalam ReadPen.

3. Ada bacaan ramai Syeikh hebat seperti Al-Ghamidi, Misyari, Sudais dan lain-lain.

4. Mempunyai terjemahan Al-Quran dalam bentuk audio.

5. Boleh mengawal volume suara menggunakan ReadPen.

6. Boleh merakam suara menggunakan ReadPen.

7. Boleh play / pause bacaan menggunakan ReadPen.

8. Bateri boleh dicas. Tahan selama 4 jam.

9. Disertakan juga Al-Quran yang berkualiti.

10. Percuma 2 buku kecil:

     a. Qaida Noorania. Mengandungi:
         - Panduan belajar Bahasa Arab.
         - Panduan belajar Tajwid.
         - Panduan solat dengan cara dan bacaan yang betul (step-by-step).
         - Doa Harian.
         - Surah-surah pilihan.

     b. Sahih Al-Bukhari (juga boleh ditunjuk dan dibaca dengan ReadPen).

* Warranty 1 tahun untuk software pada ReadPen, bukan untuk masalah disebabkan kecuaian sendiri.

Ipad English Arabic

Posted by Emiera Roselle at 6:55 PM 0 comments




Kod Produk
IEA01


Harga Termasuk Postage
RM 45.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Keistimewaan
1. Saiz sebesar iPad.
2. Mengajar bacaan-bacaan asas:
    - 2 kalimah syahadah.
    - Ayat Qursi.
    - Surah 3 Qul.

3. Mengajar bacaan & urutan dalam solat.

4. Mengajar doa-doa harian.

5. Mengajar:
   - Alif Ba Ta.
   - ABC.
   - Perkataan dalam Bahasa Arab & Inggeris.
   - Ada fungsi cari huruf & perkataan untuk uji kefahaman anak-anak.



Apple Quran

Posted by Emiera Roselle at 6:44 PM 0 comments







Harga Termasuk Postage
RM 40.00 (SELURUH MALAYSIA)

SEKIRANYA BERMINAT
SMS/WHATSAPP
017 3777915







Keistimewaan

1. Kecil dan comel tapi sarat dengan ilmu.
2. Ada 16 surah lazim.
3. Ada 26 doa.
4. Ada 6 lagu kanak-kanak.
5. Mengajar bagaimana hendak dirikan Solat Subuh.
6. Ada 3 pilihan warna:   
- Oren   
- Hijau   
- Kuning


Tuhan Lebih Saintifik

Posted by Emiera Roselle at 6:17 PM 0 comments




Kod Produk
GB 0241

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Dr. Donald merupakan seorang pensyarah muda berketurunan India yang mengamalkan dan memperjuangkan fahaman tidak percayakan Tuhan, atau ateis. Dia sangat yakin akan kebenaran fahaman yang dipegangnya dan sering menyelitkan fahamannya di dalam kuliah anatomi kepada pelajar-pelajar perubatan.

Dalam masa yang sama, Ustaz Hanafi pula begitu taksub dengan aliran tradisional. Sekiranya Dr. Donald menolak agama secara total dan menganggap Sains adalah segala-galanya, Ustaz Hanafi pula menolak Sains secara total dan menganggap segala kemajuan Sains adalah Yahudi dan Kristian yang boleh membawa ke neraka, termasuklah kemajuan bidang perubatan. Pertembungan pemikiran pensyarah ateis, ustaz tradisional dan seorang doktor pakar Islam pasti akan menyajikan kisah-kisah dan perdebatan yang menarik untuk dihidangkan kepada pembaca.

Kutemui Cinta-Nya

Posted by Emiera Roselle at 6:12 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1212

Harga Termasuk Postage
RM 26.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya. Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati.


Denyut Kasih Medik

Posted by Emiera Roselle at 5:40 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1138

Harga Termasuk Postage
RM 26.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.

Aku Ada Wali

Posted by Emiera Roselle at 4:36 PM 0 comments




Kod Produk
SBK 002

Harga Termasuk Postage
RM 32.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama cinta.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat menahan, apabila berbuka penuh keterujaan.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Risalah Hati

Posted by Emiera Roselle at 4:35 PM 0 comments




Kod Produk
SBK 001

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Qaniah Syumaila meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya. Sudah tentu dia mahukan hari pernikahannya patuh piawaian Allah SWT. Dengan berpegang pada ilmu dan hujah, dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa goyah. Walaubagaimanapun, pelbagai tohmahan dan label dilontar kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza. Terokai keindahan akhlak wanita ini dalam menangani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza. Strateginya, memenangi hati sebelum memenangi hujah. Tersebarlah cinta menang-menang dalam masyarakat.

Win-win love.


Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu

Posted by Emiera Roselle at 4:34 PM 0 comments




Kod Produk
GB 0178

Harga Termasuk Postage
RM 24.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








CINTA HIGH CLASS
Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara High Class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara High Class juga.

CINTAKU KERANA AGAMAMU
Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.


Sebarkan Cinta-Mu

Posted by Emiera Roselle at 4:32 PM 0 comments





Kod Produk
PTS SC01

Harga Termasuk Postage
RM 33.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang






Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.



Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!

Posted by Emiera Roselle at 4:31 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1174

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!


Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Posted by Emiera Roselle at 4:30 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1111

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


Syabab Musafir Kasih

Posted by Emiera Roselle at 4:24 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1072

Harga Termasuk Postage
RM 25.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








SYABAB, lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!


Palestin Tak Pernah Gentar!

Posted by Emiera Roselle at 4:21 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1117

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.


Mak, Abah... Redailah Anakmu

Posted by Emiera Roselle at 4:20 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1120

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang






Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh. Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.


Kisah Haiwan Makkah

Posted by Emiera Roselle at 4:19 PM 0 comments





Kod Produk
TBBK 1139

Harga Termasuk Postage
RM 47.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang







Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:
Gajah Raja Abrahah
Keldai Halimatus Saadiah
Unta Jelmaan
Buraq Israk Mikraj
Ketua Ular Makkah


Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template