Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...

Wednesday, December 24, 2014

Car Multi-Functional Tray

Posted by Emiera Roselle at 11:20 AM 0 comments

* This laptop desk can be placed to the steering wheel or back of the car seat as a platform for laptop or as a dining tray.

* Can be used as desk providing convenient place for notebook,tablet , grocery food, drink,etc.

* Easy to install and optional adjustable angle,fitting any steering wheel or car seat.



HARGA TERMASUK POSTAGE
RM 40.00 SM
RM44.00 SS

SEKIRANYA BERMINAT SILA
SMS/WHATSAPP 017 3777915





Car Boot Organizer

Posted by Emiera Roselle at 11:05 AM 0 comments


Boot Compartment Organizer ini mempunyai 3 ruang besar untuk anda menyimpan semua benda penting yang setiap kereta perlu ada tetapi tidak selalu digunakan seperti lampu suluh, jumper cable, emergency triangle dan lain-lain lagi. Simpan kesemua benda itu ke dalam organizer ini dan anda akan dapati but kereta anda luas dan kemas.



Ciri-ciri:


Boleh dimuatkan sehingga 25 kg barang
Dilengkapi dengan beg pendingin
Boleh dilipat apabila tidak digunakan- menjimatkan ruang
Membuatkan kereta anda bersih dan kemas
Memaksimumkan ruang apabila anda boleh menyimpan semua barang dengan cara yang padat & kemas



Spesifikasi:

Saiz: 58 x 33 x 29 cm

Bahan: Polypropylene


HARGA RM30.00

FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA


SEKIRANYA BERMINAT SILA 
SMS/WHATSAPP 017 3777915









Thursday, December 4, 2014

Handheld Mini Air Conditioner Cooler Fan USB Port

Posted by Emiera Roselle at 7:36 PM 0 comments
Handheld Mini Air Conditioner Cooler Fan USB Port 

HARGA : 
RM30(SM)/RM34(SS)

SEKIRANYA BERMINAT SILA SMS/WHATSAPP
017 3777915

X perlu lg berpeluh2..Keselesaan milik anda.
Sangat kecil dan mudah dibawa.
Boleh dipakai di mana-mana.
Pakai bateri dan juga ada USB.
Terdapat dlm 3 PILIHAN WARNA..BIRU PINK & HITAM
BATERI SAYA X SEDIAKAN YE


**Blows a cool breeze on you wherever you go
**Utilizes a 30db whisper soft turbine system
**90 degree vertical airflow for optimal wind blowing
**Blowing speed adjusted by the on/off switch
**Flat bottom surface turns it into a desk fan easily
**Comes with a wrist strap for easy carrying
**Can be used at any angle when held by hand
**Great for refreshment when you are out
**Powered by 4 x AA battery (not included) or USB cable
**Size: 164mm x 80mm x 50 mm









TRAVEL BOX / HIJAB BOX

Posted by Emiera Roselle at 7:00 PM 0 comments


TRAVEL BOX/HIJAB BOX

FREE POSTAGE SELURUH MALAYSIA


SAIZ M = RM60

(5-7 HELAI TUDUNG BOLEH MASUK JIKA PANDAI SUSUN)..


SAIZ L= RM70 

(8-11 HELAI BOLEH MUAT TUDUNG)


lilitan saiz m=24.5 cm lebar 28cm panjang

lilitan saiz l=28.7 lebar dan 33 cm panjang


SEKIRANYA BERMINAT SILA SMS/WHATSAPP

017 3777915

DESIGN PILIHAN ANDA:


BUTTERFLY EDITION




PARIS EDITION





FLOWER EDITION







HANGER SHAWL WARNA WARNI 15 LUBANG

Posted by Emiera Roselle at 6:25 PM 0 comments




HANGER SHAWL WARNA WARNI 15 LUBANG 


HARGA TERMASUK POSTAGE:

RM26(SM)/RM30(SS)


ADE 4 PILIHAN WARNA:

BIRU

HIJAU

MERAH 

PINK


SEKIRANYA BERMINAT SILA SMS/WHATSAPP

017 3777915

Wednesday, December 3, 2014

AL-QURAN TAJWID AL - MUMAYYAZ

Posted by Emiera Roselle at 7:02 PM 0 comments



AL-QURAN TAJWID AL -MUMAYYAZ

HARGA 
SAIZ A5 RM80
SAIZ A4 RM100

FREE POSTAGE


♡Alquran bertajwid dan tafsir♡
★ Sesiapa yang nak belajar balik Al - Quran semula..
★ Sesiapa yang lama dah tinggalkan... nk belajar semula cara bacaan Al - Quran dan tajwidnya..
★ Al - Quran bertajwid dan mempunyai tafsir dapat membantu sesiapa yang betul2 mahukan yang terbaik dalam hidupnya..
☆ Al - Quran terjemahan ini boleh bantu anda...jngan kita jadikan sebagai alasan lagi.. xsalah hbskan sedikit duit utk amalan kita...harga sgt murah dari pasaran ye..

》Al Mumayazz =
★ tajwidnya di warnakan mengikut hukum dengan warna yang berbeza...
★ mempunyai nota kaki utk tajwid.. 
★ mempunyai rumi bagi bacaan..
★ mempunyai tafsir setiap khalimah.. 
★ naskah A4 & A5...
Setiap naskah ada 3 in 1 iaitu :
》terjemahan setiap khalimah
》 Rumi bacaan
》 Tajwid

Almumayyaz terbaru tahun 2014
Penerbit : Citra Bagus Segara 
Ukuran :- 21x29.7cm (A4)

SEKIRANYA BERMINAT SILA
SMS/WHATSAPP
017 3777915


AL-QURAN TAJWID AL-WASIM ( 2 SAIZ )

Posted by Emiera Roselle at 6:39 PM 0 comments








Al-Quran Transliterasi + Tafsir Per Kata AL-WASIM
Al-Quran Al-Wasim.

HARGA 
SAIZ A5 RM80
SAIZ A4 RM100

FREE POSTAGE


Antara yang menarik :

★ Terdapat Terjemahan Per Kata bagi setiap ayat

★ Berserta Kod Tajwid sebagai panduan mengenal hukum tajwid

★ Transliterasi lengkap Ejaan Rumi bagi setiap ayat

Harapan kami agar masyarakat Malaysia lebih dekat dan faham al-Quran.



Mengapa anda perlu miliki al-Quran ini?

√ Al-Quran ini menggunakan Khat Usman Thaha iaitu khat kaligrafi Arab yang terbaik

√ Terdapat kod-kod tajwid yang ditunjukkan di
dalam ayat dan panduan cara bacaan untuk hukum tajwid
tersebut

√ Terdapat bacaan yang dieja dalam bahasa Rumi-
Bagi membantu kepada yang baru belajar membaca
Al- Quran dan juga untuk membuat semakan bacaan

√ Mempunyai Thesaurus - iaitu perkataan sinonim yang digunakan dan latar belakang
surah

√ Terdapat terjemahan setiap perkataan dan jugasetiap
ayat dan lain-lain.



SEKIRANYA BERMINAT SILA
SMS/WHATSAPP
017 3777915

Al-Quran Digital Model Focus 1 + Iqra' + Tasbih Digital

Posted by Emiera Roselle at 6:15 PM 0 comments


Al-Quran Digital Model Focus 1+ Iqra' + Tasbih Digital

HARGA RM 190 SAHAJA

FREE POSTAGE


WARANTI SELAMA SETAHUN!!!

Buku - buku
#MUQADDAM
#BUKU DOA HAJI & UMRAH
#DICTIONARY
#BUKU SAHIH BUKHARI
# IQRA 1-6

KELEBIHAN Al-Quran ini

- Saiz Quran A5
• Pen boleh membaca al-Quran mengikut perkataan demi perkataan (word by word)
• Pen boleh membaca al-Quran mengikut ayat demi ayat,muka surat dan surah
• Menu pilihan qari dan terjemahan pada setiap muka surat
• Set Quran dengan EXCLUSIVE BRIEFCASE
• Bacaan hampir 7 qari terkenal

Terjemahan :-
* Pen boleh menterjemah setiap ayat al-Quran
* Terjemahan Bahasa Melayu
* Terjemahan Bahasa Inggeris

Buku Tambahan :
• Talking Dictionary
• Doa-doa harian & Cara solat (terjemahan terdapat dalam Bahasa Melayu)
• Doa hajj umrah, Muqaddam
• Sahih Muslim

Memori :
* 4GB
* Pen boleh disambung ke komputer dengan kabel USB
* Mempunyai slot memori kad

Audio :
* Built in speaker (Suara yang berkualiti tinggi)
* Earphone

Aksesori :
* Pen elektronik
* Al Quran (khas)
* Muqaddam
* Earphone
* Charger
* Kabel USB

----- Kelulusan KDN -------


SEKIRANYA BERMINAT
SILA SMS/WHATSAPP
017 3777915




AL QURAN DIGITAL FOCUS 1 FREE TASBIH DIGITAL

Posted by Emiera Roselle at 5:48 PM 0 comments



AL QURAN DIGITAL FOCUS 1 FREE TASBIH DIGITAL


RM160 SAHAJA


FREE POSTAGE


Kini Al-quran digital didatangkan terus dengan kotak besi, lebih praktikal, lebih jimat dan lebih elegen!

DIGITAL AL-QURAN focus 1 EDISI TERBARU 2014

✔ ORIGINAL, BERKUALITI, LULUS KDN, JAMINAN 1 THN...MURAH!
✘ Tiada gimik brg percuma, derma & sebagainya

➨ Setiap Set Lengkap Mengandungi 12Item:
☑ [1] Al-Quran Saiz A5 (Siapsedia 7 Qari, 3 Bahasa Terjemahan)
☑ [2] Pek Kemasan Brief Case yang Elegen
☑ [3] Pena Pembaca (ReadPen 4GB)
☑ [4] Charger (Charge 2 jam, Running 4-5 jam)
☑ [5] Kabel USB
☑ [6] Fon Telinga
☑ [7] Kad Index (Short cut)
☑ [8] Qaida Noorania (Muqaddam, Iqra & Panduan Solat)*
☑ [9] Panduan Haji/Umrah*
☑ [10] Kamus Terjemahan Bahasa (14 Negara)*
☑ [11] Hadis Sahih Muslim *
☑ [12] Tasbih Digital


SEKIRANYA BERMINAT SILA
SMS/WHATSAPP
017 3777915

Friday, May 30, 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah Slot Dramady TV3

Posted by Emiera Roselle at 5:59 PM 0 comments


Petaling Jaya, 21 Mei 2014 – Pantang bertemu pasti akan bertelingkah seperti anak kecil. Itulah Emir dan Areen. Mereka sentiasa akan mengenakan antara satu sama lain. Namun, dalam diam ada satu perasaan aneh mula lahir dalam hati mereka berdua. Adakah perasaan itu dipanggil cinta? Selepas drama bersiri Yes, Boss! berjaya menempa kejayaan besar dengan sambutan hebat dari para penonton menerusi slot Dramedy, fenomena tersebut diteruskan lagi dengan drama bersiri terbaru berjudul ‘Tuan Rumah Pembantu Rumah’ yang diadaptasi daripada novel popular hasil tulisan penulis hebat, Orkid Edyliyne. Menariknya, drama siri ini menampilkan gabungan pelakon muda seperti Zoey Rahman, Nad Zainal, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.

Drama bersiri terbaru 24 episod ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo). Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta keluarganya.

Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.

Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.

Lut (Syafiq Kyle) iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.

Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.

Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin (Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.

Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Adakah tuan rumah dan pembantu rumah akan mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian? Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir dan Areen? Atau Areen akan kembali pada bekas tunangnya, Taufeeq atau menerima Lut?

Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd mulai 31 Mei 2014, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.00 petang – 6.30 petang! Bagi penonton yang terlepas menyaksikan drama siri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama siri ini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

JOM DAPATKAN NOVEL INI SEKARANG !!!

SMS/WHATSAPP 0173777915


Wednesday, April 9, 2014

Beduk Diketuk

Posted by Emiera Roselle at 7:47 PM 0 comments

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.
Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Harga Termasuk Postage

RM 26.00 (SELRUH MALAYSIA)

Main Masak-masak bersama Chef Kamarul

Posted by Emiera Roselle at 7:22 PM 0 comments

Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak, sukatan yang mudah dengan menggunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip-tip ringkas sebagai panduan.

Keistimewaan buku ini bukan saja pada jenis resipi yang diberikan malah lebih daripada itu. Buku ini diinspirasikan oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak juga. Ingatlah, pelaburan ini amat besar ertinya buat anda dan anak-anak juga.

Harga Termasuk Postage

RM 30.00 (SELURUH MALAYSIA)

Imam Mudaku Romantik

Posted by Emiera Roselle at 6:57 PM 0 comments

“Laila, kita qiamullail, jom?” - Faqih
“Kenapa?” - Khalisah
“Kita solat tahajud sama-sama.”
“Hah? Wajib ke?”
“Memanglah tak wajib. Nak masuk syurga sama-sama tak?”
 Nasib kaulah, Khalisah! Kau yang beria-ia sangat nak suami imam atau ustaz, kan? Nah, sekarang kau tanggunglah kalau kena ceramah dengan dia!
 LAILA KHALISAH, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan MUHAMMAD FAQIH dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.
Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.
 Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah.
“Khalisah sendiri tak tahu anak siapa yang ada dalam kandungannya sekarang. Sebab selain dengan  suaminya, Khalisah sebenarnya dah banyak kali tidur dengan saya, semenjak dia belum berkahwin dengan Faqih lagi.” – IZHAM
Campur tangan kedua ibu bapa mereka menambahkan lagi keperitan hidup rumah tangga mereka. Disebabkan fitnah itu Faqih dan Khalisah dipisahkan. Khalisah dihalau dari rumah oleh ibu mertuanya. Manakala, mama Khalisah pula meninggalkannya di satu tempat yang asing baginya.
“Laila, di mana Laila sekarang? Khalifah-khalifah kecil kita dah lahir ke belum? Abang minta maaf sangat kerana abang tak mampu bersama-sama Laila menyambut kelahiran khalifah-khalifah kecil kita.”
Adakah bahagia  milik mereka?

Harga Termasuk Postage

RM 28.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM 30.00 (SABAH & SARAWAK)

Menantu Datin Izzah

Posted by Emiera Roselle at 6:31 PM 0 comments

Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anaklelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?
“Adakah sudah terlambat untuk kau tahu yang aku sebenarnya mencintaimu?”
Harga Termasuk Postage

RM 29.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM32.00 (SABAH & SARAWAK)

Pergilah Air Mata

Posted by Emiera Roselle at 6:21 PM 0 comments

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.


Harga Termasuk Postage

RM 28.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM 30.00 (SABAH & SARAWAK)

Isteriku 19 Tahun

Posted by Emiera Roselle at 6:03 PM 0 comments

“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN
Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…
“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN
“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF
 Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.
Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.
 “Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.
 “Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.

Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.
“Akif?”
“Hurm?”
“Kau pernah bercinta?”
“Tak pernah...”
“Cuma...”
“Cuma?”
“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”
Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu? 

Harga Termasuk Postage

RM 23.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM26.00 (SABAH & SARAWAK)

Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template