Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...

Sunday, October 31, 2010

Indahnya Ciptaan Allah

Posted by Emiera Roselle at 7:01 PM 0 comments




Hari yang amat menyeronokkan buatku...31/10/2010..Hari ini aku bersama keluargaku telah berkelah di pantai Tanjung Bidara..Sungguh cantik panorama pantai ini..tenang sahaja hatiku melihatnya..segala permasalahan yang bercelaru dalam ruang fikiranku hilang entah ke mana..andai satu saat dapatku pergi lagi ke tempat ini pasti tidak akanku lepaskan saat2 ini..merenung ciptaan Allah..subhanallah! luasnya laut yang kau ciptakan ini..biru nya amat menyejukkan hatiku..pukulan ombaknya yang kuat lagi menunjukkan kehebatan kuasa Kau ya Allah...Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan ini..Tidak akan ku berpaling dari Mu ya Allah...




Wah! seronoknya tak terkata....yuhuu!!!



Cantiknya tempat nih..
Udara yang nyaman menyejukkan diriku..



Bayu laut..ohh membuatku terleka asyik merenung indahnya ciptaan Allah..



Peace !!! hehe....



Bersantai di tepi pantai bersama keluarga...indahnya!!!



terenyum indah adikku...



lalalalala....





Sunday, October 17, 2010

Tentang Diriku

Posted by Emiera Roselle at 4:07 PM 0 comments




Kata Dr Fazilah Kamsah

OKTOBER

- Suka sembang (hehe..kalo ley aku nk gayot 24jam kat tepon tuh)
- Suka orang yang sayang padanya (of coz laa dn sgt2 hargai nyer)
- Suka ambil jalan tengah (haha…ntah)
- Sangat menawan & sopan santun (owg yg laen yg patut mnilai nyer)
- Kecantikan luar & dalam (huhu…iye ke?? Hehe..segan laa pulak)
- Tidak pandai berbohong & berpura-pura (memg pun..tlg ajarkan ley x? haha)
- Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan (erm..mesti laa hdup nih kne uat baek..bwu laa owg suke pd kte)
- Sentiasa berkawan (iye btul tuh..sowg kwn pergi..pasti de pgnti)
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama (xreti laa nk mrajuk lame2..cian pulak kat owg tuh)
- Cepat marah (marah dlm hati jer)
- Macam pentingkan diri sendiri (xde laa sgt..ikut situasi laa)
- Tidak menolong orang kecuali diminta (nih pun ikut situasi)
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri (memg pun..hehe..)
- Tidak suka terima pandangan orang lain (hoho..ini kdg2 jer..ikut situasi gak)
- Emosi yang mudah terusik (erm..memg pun)
- Suka berangan & pandai bercakap (hehe..suke kalo bab cam nih)
- Emosi yang kelam kabut (haha..iye ke??)
- Daya firasat yang sangat kuat - terutamanya perempuan (rase nye spti btul..ade situasi nyer yg pernah ku alami)
- Suka melancong, bidang sastera & seni (mlncong memg laa suke..kalo boley nk mlncg kat korea..bezz nyer..tp sastera krg mnat ckit..seni suka laa)
- Pengasih, penyayang & lemah lembut (owg laen jer yg dpt mlihat nyer)
- Romantik dalam percintaan (rase nye x kot)
- Mudah terusik hati & cemburu (hehe..memg pun sgt2)
- Ambil berat tentang orang lain (ye laa..dh kate syg kat owg tuh..kne laa amek brat)
- Suka kegiatan luar (suke 2)
- Orang yang adil (ikut situasi laa)
- Boros & mudah dipengaruhi persekitaran (hehe..kalo dh berkenan,,pe ley uat)
- Mudah patah semangat.(ntah laa…perlu owg tuk kuatkan smgt laa)

Kata seorang kwnku :
               “Mira tak suka cakap kuat2
                Kalau marah mira suka simpan jer
                Kalau mira suka sesuatu mira tak cakap terus
                Mira lagi suka diam dari cakap
                Mira bukan jenis senang berkawan sebab mira ni pemalu
                Tapi mira rancak jer berborak skang ni”

Terkejut saat aku membaca kata2 dari kawanku ini…Sepertinya dia tahu sahaja tentang diriku..Pelik..Pelik..Pelik..tapi itu lah hakikatnya..sememangnya aku lagi suka berdiam diri dan suka tengok pelbagai ragam dan perangai manusia ni..Kadang2 kelakar..kadang2 menyakitkan hati..haha..

Tapi diamku ada batasnya ya…jaga2 k..hehe..tp buat masa nih ok jer…hanya hatiku sahaja yang menanggung laranya..tak per laa..aku tak kisahpun..biarlaa orang buat aku begitu..semestinya setiap perbuatan jahat pasti ada akibatnya..aku malas nak amek port..gaduh2 ni..ish..itu bukan diriku..

Pemalu..haha..dulu2 aku memang pemalu sangat2..mungkin sebab keluargaku tak dedahkan ku bergaul dengan orang ramai..tapi tak mengapa lah..aku semakin hari semakin banyak belajar tentang hidup ini..aku inginkan perubahan dalam hidupku..aku tak boleh berdiam diri sahaja..aku nak orang kenali aku..bukan nak cari popularity  tp ingin buka mata2 orang dan ingin tunjukkan pada mereka yang aku ini boleh menjadi seorang yang berjaya..itu laa impianku..

Tapi aku ada satu benda yang membuatkan aku tak yakin pada diriku..ermm..aku nak sangat buat braces..tapi masalah kewangan menjadi punca untuk aku tak berbuat demikian..kalau laa aku kaya kan bezz..huhuhu…terpaksalah tunggu nampaknya..

Kawan..ermm..bagiku kawan bukanlah orang penting dalam hidupku..Sebabnya apa yang aku nampak diowg ni berkawan denganku sebabkan sesuatu..betul laa kata orang..kalau kita ada sesuatu kelebihan pasti orang akan nampak kita.. sedih juga laa hati ini..tp x semua laa gtu..

Walau apa pun, ini semua tak menghalang untuk aku berjaya dalam hidupku..Aku nak ibu dan ayahku berasa bangga terhadapku..aku nak beri mereka kebahagiaan dalam hidup..aku sayang sangat2 kat diowg. Dari kecil mereka hidup dalam kesusahan..sampai bila mereka perlu begitu?? Aku nak mereka hidup senang seperti orang2 laen..Ya! aku yakin aku boleh!

Kejayaan pasti menjadi milikku !!!! 



Thursday, October 14, 2010

Doakan Kejayaan Ku...

Posted by Emiera Roselle at 9:40 PM 0 comments



YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA BESAR LAGI MAHA PENGAMPUN,

YA ALLAH KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA DOSA YG TELAH AKU LAKUKAN YA ALLAH.KAU AMPUNKANLAH DOSA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN HARI INI.KAUAMPUNKAN LA DOSA YG TELAH AKU LAKUKAN KELMARIN DAN KAU AMPUNKALAH DOSA YANG AKAN AKU LAKUKAN YA ALLAH.SESUNGGUHNYA DOSA HAMBA MU INI TIDAK TERHITUNG BYKNYA.DENGAN MU YA ALLAH AKU MEMINTA KEAMPUNAN.

YA ALLAH,KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.KAU PERMUDAHKANLAH URUSANKU MENGAHADAPI UJIAN YA ALLAH.KAUPERMUDAHKANLAH URUSAN SEBELUM DAN SELEPAS UJIAN YA ALLAH.

YA ALLAH,BIIZNILLAH BIIZNILLAH BIIZNILLAH YA ALLAH.KAU IZINKANLAH HAMBA MUUTK BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.KAU IZINKANLAH HAMBAMU UTK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DLM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER KU INI. KAU PERMUDAHKANLAH UNTUK AKU MENJAWAP SOALAN2 YANG AKAN DITUJUKAN SEMASA HARI PEPERIKSAAN AKU NANTI. KAU TERANGKANLAH HATI HAMBAMU INI YA ALLAH..YA ALLAH.KAU IZINKANLAH HAMBAMU UTK MEMBERIKAN SENYUMAN KPD KEDUA IBU BAPA KU KETIKA MEREKA MASIH HIDUP YA ALLAH.KAU IZINKANLAH.

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Itu sahaja pntaku.bukan hadiah yg aku tagihkan tp doa yang aku perlukan.
doa adalah hadiah yang termahal bagiku.

WASSALAM ~





Monday, October 4, 2010

Business Taxation Simulation Workshop 2010

Posted by Emiera Roselle at 10:52 PM 0 comments

Business Taxation Simulation Workshop 2010
Date/Day : 4th October 2010 (Monday)

Venue : Main Hall of UNISEL
Time: 9am - 5.30pm


MT of Business Taxation Simulation Workshop 2010
~ Me as a Treasurer ~





Food Bureau & Sponsor Bureau



Logistic Bureau & Protocol Bureau


Selayar Pandang....

Before Event....
























During Event....
























...The End...



Saturday, October 2, 2010

Lelaki Idaman Saya ...

Posted by Emiera Roselle at 4:01 PM 0 comments





Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…




Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…



Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…



Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…



Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…




Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template