JOM
SHOPPING !!!
Doaku PadaMu...
Penenang Jiwaku...
Putera Agamaku...
Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah
serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Total Pageviews
Salam pembuka bicara...
Friday, January 14, 2011
Tempoyak!
Cedap nye kan tgok gambo atas tu.. ni laa makanan fevret aku.. tempoyak cili padi.. kalo nk makan nasi mesti bersama dgn nyer.. fuhh.. leley ooo.. hehe.. ok laa ari ni aku nk crite srbe cedikit tntg makanan ini.. ni pun aku tebace di wikipedia..gambo tu lak aku copy dari seorang blogger malaysia ni.. mintak di copy gmbo nye ya cik fiza..huhu..
Tempoyak diperbuat daripada isi durian yang rendah kualitinya. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular. Tempoyak dikenal di Indonesia juga (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
Kalau nak tahu, di Malaysia .. Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...." wah! hebat kan..
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular ialah gulai tempoyak (fevret aku jugek). Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan-ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin,ikan baung & ikan jelawat ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian digoreng).
Aku pula suka gaulkan tempoyak itu dgn cili padi yang dah ditumbuk lumat dan diletakkan sedikit gula supaya tempoyak itu agak manis cikit.. sprti dlm gambo di atas tu laa.. cedap sgt taw..wugi oo cape x penah rase tu..
Tak sangka pulak aku.. rupa2 nya tempoyak ni ade juge khasiatnya taw.. jgn maen2.. haha.. Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH.
Kepada sesiapa yg belum pernah merasainya, bolehlah mencubanya sebagai makanan baru anda.. hidup ini rugi taw kalau tak mencuba segala makanan yang ada di dunia nih.. nasihatku tak payahlah cerewet sangat tentang makanan ni.. ni tak makan tu tak makan.. aiyoo! wugi nyer orang tu.. bedal je laa sumer..aduhai...hehehe...
sekian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment