Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...

Friday, March 28, 2014

Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu

Posted by Emiera Roselle at 4:34 PM 0 comments




Kod Produk
GB 0178

Harga Termasuk Postage
RM 24.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








CINTA HIGH CLASS
Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara High Class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara High Class juga.

CINTAKU KERANA AGAMAMU
Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.


Sebarkan Cinta-Mu

Posted by Emiera Roselle at 4:32 PM 0 comments





Kod Produk
PTS SC01

Harga Termasuk Postage
RM 33.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang






Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.



Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!

Posted by Emiera Roselle at 4:31 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1174

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!


Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Posted by Emiera Roselle at 4:30 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1111

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


Syabab Musafir Kasih

Posted by Emiera Roselle at 4:24 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1072

Harga Termasuk Postage
RM 25.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








SYABAB, lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!


Palestin Tak Pernah Gentar!

Posted by Emiera Roselle at 4:21 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1117

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.


Mak, Abah... Redailah Anakmu

Posted by Emiera Roselle at 4:20 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1120

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang






Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh. Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.


Kisah Haiwan Makkah

Posted by Emiera Roselle at 4:19 PM 0 comments





Kod Produk
TBBK 1139

Harga Termasuk Postage
RM 47.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang







Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:
Gajah Raja Abrahah
Keldai Halimatus Saadiah
Unta Jelmaan
Buraq Israk Mikraj
Ketua Ular Makkah


KISAH HAIWAN MADINAH

Posted by Emiera Roselle at 4:17 PM 0 comments







Kod Produk
TBBK 1140

Harga Termasuk Postage
RM 47.00 (SELURUH MALAYSIA)






Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sesi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

Merpati Gua Thur
Kuda Surakah
Kambing Betina Mukjizat Nabi
Unta Betina Tunggangan Rasulullah
Kambing Biri-Biri Beracun


TAUTAN HATI

Posted by Emiera Roselle at 4:13 PM 0 comments





Kod Produk 
TBBK 1049

Harga Termasuk Postage
RM 32.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang







Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Tuesday, March 18, 2014

Penantian adalah Ujian

Posted by Emiera Roselle at 7:34 AM 0 comments

Berakhirlah 3 bulan

Posted by Emiera Roselle at 7:16 AM 0 comments

Semalam cek, ibu cek ngn ayah cek p hari anugerah sijil plkn adik cek kat Kem Rempah Ratus Nasuha Pagoh Muar.. Pada mulanya cek malas nak p tau.. Tp adik cek tu suro p jgek.. Ok lah turutkan jugek.. Adik kesayangan cam tu lah..

Masa kat sana terimbaslah jugek memori2 masa cek plkn dulu..manis jugek hehe.. Seronok tgok pelatih2 tu dh macam family dah..

Sebenarnya yg utamanya cek rindu pada adik cek tu.. Lama sgt dia kat sana.. Rindu nk gado.. Haha..

Ok bila berjumpa dengan orang yang baru kenali macam kawan2 adik cek kt plkn tu diowg pon mcm biasa akan kata kakak kau mcm cina sbijik mcm cina lah putih la..haha..mcm2 ..alah bisa tegal biasa... Betol ke ni? Xkisah la.. Yg pntg cek sayangkan adik cek tu.. Muahhh!

Hari ini ibu dengan ayah cek p amek dia kat sana.. (Anak kesayangan kikih) dah tamat dh 3 bulan.. Harap2 adik cek tu akan menjadi lebih matang dari yg sebelum ni.. Huhu..

Saturday, March 15, 2014

Sayangggg ibu!

Posted by Emiera Roselle at 8:31 AM 0 comments
Selamat pagi Sabtu yang indah!!

Saya sayang sgt2 ibu saya..muahhh!!!

Serba sedikit peristiwa pagi tadi..kikih...

Ibu kata kalau anak2 ibu sakit, ibu nak anak2 ibu ada depan mata ibu .. Ibu nak jaga..baru anak2 ibu cepat baik..

Semalam adik cek yang kat plkn tu kol katenye dia tiba2 je sempot susah nak benapas gtu kat sana sampai kan kene masuk air..sebab tu la ibu risau..bagi pendapat cek lah, ni mesti masalah jerebu ni..adik cek tu alah ckit..cian dia..

Ibu selalu kate, ibu xkan biarkan anak2 dia kempunan..cek cuma kata cek dah lame x makan telo mata kebau ngn kicap je pon..tp cek xnak la susah kan ibu sebab ibu dah masak laok laen kang tetiba kene wat special request dari anak dia si patah kaki ni pulak..hehe

Petang nnt ibu cek nak wat mi sop..ibu kate kalo wat sop daging msti lagi sedap ni..cek kate ibu p la beli daging kat paso tu t..tp ibu kate patotnye kne bli semalam..nnt lame nk kne tunggu dia empok gtu..xkisahlah bg cek sume masakan ibu cek sumenye sodappp...huhuhu..

Tak sabaunya~

Monday, March 10, 2014

Projek Memikat Suami

Posted by Emiera Roselle at 1:59 PM 0 comments

Drama Projek Memikat Suami gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim sedang mengakhiri penghujung episod di Astro Ria dan Astro Maya. Kepada sesiapa yang belum tonton atau terlepas episod, bolehlah tonton di Astro On The Go kowg yer atau mgkin kowg boleh lah google sendri..itu pon kalau ada lagi sebabnya cek google2 asyik content delete jer..mgkin astro tak kasi publish kot.. Rugi kalau tak tengok tau. Kelakar, romantik, sweet gitu.. 

Cerita bertemakan perkahwinan secara paksaan yang akhirnya menemui kasih sayang antara pasangan tersebut. Drama terbitan Global Station adaptasi daripada novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah keluaran Karya Seni.

TAJUK : PROJEK MEMIKAT SUAMI (ASTRO RIA)
MULAI: 16 Disember 2013
HARI: Setiap Isnin
MASA : 9.00 - 10.00 Malam
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
PENULIS : Shuhadatul Ain Zakaria, Mickey Sharum
PENERBIT : Global Station

PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)


SINOPSIS NOVEL PROJEK MEMIKAT SUAMI

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

JOM BACA!

Kepada sesiapa yang suka membaca novel bolehlah dapatkan novel Projek Memikat Suami ini di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kalau nak baca online boleh la baca di sini sampai bab 31 jer. Selanjutnya bacalah dalam novel ok.. 

Sunday, March 9, 2014

RUMAH UNTUK DIJUAL DOUBLE STOREY TAMAN KRUBONG JAYA MELAKA

Posted by Emiera Roselle at 8:41 PM 0 comments


HOUSES FOR SALE
DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE

TAMAN KRUBONG JAYA MELAKA


Property Type: Double storey
Address: Jalan KJ 64

Postcode: 75250
Area: Melaka Tengah
Bedrooms: 4

Bathroom: 3
Size: 16x55 sq.ft.
Other info: Bumi Lot
Other Terms & Conditions: Downpayment must 10%

Price: RM 160 000


DESCRIPTIONS

  1. Rumah telah di ubah suai depan, belakang dan atas .
  2. Rumah telah di pasang jubin penuh di tgkt atas dan bawah , 'table top' dan grill .
  3. 3 bilik tidur atas + 1 bilik tidur bawah
  4. 1 bilik air atas + 2 bilik air bawah
  5. 1 hall atas + 1 hall bawah
  6. Ruang makan
  7. Dapur yang luas (16x13)
  8. Parking kereta

LOKASI

  1. Double Storey Terrace House at Taman Krubong Jaya Fasa 2
  2. Taman terletak di tepi jalan utama lebuhraya SPA
  3. 5-8 minit ke Stadium Hang Jebat , Tesco Cheng, Mcd, kfc , bank-bank dan lain-lain.
  4. 10-15 minit ke Mydin Air Keroh , Parkson , Jusco , tol Air Keroh , Zoo Melaka, Taman Buaya , Taman rama-rama , Wonderland dan lain-lain.
  5. 20-30 minit ke Mahkota Parade , A Famosa , Menara Taming Sari, River Cruise, Bandar Hilir dan lain-lain .

Harga boleh dirunding.
Sekiranya berminat sila CALL / SMS / WHATSAPP:
Rosilee 0173601352
Haliza 0176865047


Tuesday, March 4, 2014

Aku Ada Wali

Posted by Emiera Roselle at 8:29 AM 0 comments
Pada pagi yang mulia ini, kita nak review and share sikit tang favourite drama kita. Pada yang belum tonton, bolehlah tonton ye..pada yang tak mahu tonton, sangatlah rugi. Kerana jarang-jarang sekali ye drama melayu memaparkan cinta berkonsepkan Islam. Kebanyakan drama melayu kat Malaysia ni 90% nya berkonsepkan cinta barat. Apa yang dikatakan cinta barat nak tahu?? Yang tu ha dok pegang-pegang tangan lah, sms-sms bagailah, dating-dating lah..itu semua siapa yang ajar tu?? hmm..pandai-pandailah jawap ya..


Drama bersiri  Aku Ada Wali  ni diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal memaparkan kisah cinta berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah. My favourite author ya. huhu ^_^
Pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos, berkata, hampir 80 peratus pengisian drama bersiri itu berdasarkan fakta namun masih mereka masih mengekalkan elemen drama dan komedi bagi menarik perhatian penonton.
Drama ini adalah berkisarkan mengenai pendirian seorang gadis dalam mencari jodoh berlandaskan ajaran Islam di samping pelbagai kisah-kisah menarik.
Ia mempunyai banyak fakta berguna mengenai soal perhubungan lelaki dan wanita, perkahwinan dan perkara berkaitan dengan agama Islam yang sangat berguna dan pada masa sama menghiburkan.

Sementara itu, Aidilfitri berkata, pihaknya memilih Korea Selatan sebagai lokasi penggambaran kerana ingin memberi kelainan kepada drama berkonsepkan Islamik.
Jelasnya lagi, lokasi menarik seperti di Seoul dan Busan mampu memberi kesan berbeza buat drama tersebut.
Hampir 70% babak dalam drama ini dirakamkan di Korea dan telah menghabiskan masa selama 15 hari di sana untuk menjalani penggambaran.
Walaupun cuaca di sana sangat sejuk ketika menjalani penggambaran namun mereka berjaya merakamkan di pelbagai lokasi menarik dengan bantuan Pusat Pelancongan Korea.

Ini info sedikit tentang drama ini:
Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY

SINOPSIS DRAMA
Aku ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan.

Syumaila seorang pemimpin pelajar yang sibuk dengan pelajaran, program persatuan dan usrah serta sukan. Keutamaan juga adalah fokus mencinta Allah. Cinta kepada Allah itulah menjadi motivasi untuk mencintai ilmu, dan memimpin warga kampus.

Syumaila melanjutkan pelajaran ke Korea bersama-sama Syifa dan Zahira. Naim yang juga pelajar di kolej sama dengan Syumaila menaruh hati padanya dan mencuba pelbagai cara memikat Syumaila. Namun, Syumaila teguh pendirian dan menolak cinta Naim.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Solihu mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


NOVEL AKU ADA WALI

Kepada sesiapa yang suka membaca, bolehlah dapatkan novel Aku Ada Wali ini di sini . Memang best sangat ya. Comel pulak tu buku dia. Rugi kalau kowg tak baca...




Manfaat Buku Ini:
  1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
  2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
  3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
  4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
  5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
  6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
  7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
  8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.

LAGU TEMA

Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha


JOM TONTON!
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
~ SEKIAN ~


Monday, March 3, 2014

Wahai Wanita !!!

Posted by Emiera Roselle at 6:51 AM 0 comments

Tidak usah layan lelaki yang berani mengajak kita asyik call, SMS, chatting @ dating.

Lelaki yang hidupnya dekat dengan jalan-jalan zina seperti ini biasanya hendak berkahwin nanti sebab takut berzina.

Lelaki yang hidupnya jauh dari jalan-jalan zina pula, biasanya hendak berkahwin kerana mahu menegakkan agama.

Kualiti mereka ini berbeza, pilihla mahu yang mana. Perlu bermula dengan diri kita, jauhi jalan-jalan zina.

Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. Yang halal lebih indah kerana bernaungkan redha Allah

Sebarkan Cinta-Mu |Ust Fatimah Syarha

Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template