JOM
SHOPPING !!!
Doaku PadaMu...
Penenang Jiwaku...
Putera Agamaku...

Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah
serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Total Pageviews
Salam pembuka bicara...
Showing posts with label romantik. Show all posts
Showing posts with label romantik. Show all posts
Wednesday, April 9, 2014
Isteriku 19 Tahun
“Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin…” ZUYYIN
Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan, ia tidaklah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua…
“Abang Akif jahat!” - ZUYYIN
“Ah, sudah! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!” – AKIF
Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.
Berhadapan dengan abang kandung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagi menantu akibat dendam pada masa lalu.
“Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi.” Aiman.
“Sebab saya benci dia! Saya benci keturunan Islah! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah” - Puan Maria, mama Akif dan Aiman.
Tapi bagi Akif, datanglah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.
“Akif?”
“Hurm?”
“Kau pernah bercinta?”
“Tak pernah...”
“Cuma...”
“Cuma?”
“Aku rasa, aku nak bercinta... Sekarang...”
Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus hingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?
Harga Termasuk Postage
Categories
cinta,
Isteriku 19 Tahun,
Karya Seni,
LeverraBookstore,
novel,
romantik,
saya jual
13 Jam A380
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Harga Termasuk Postage
Categories
13 Jam A380,
cinta,
Evelyn Rose,
Karya Seni,
LeverraBookstore,
novel,
romantik,
saya jual
Aku Terima Nikahnya
Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya
Harga Termasuk Postage
Categories
Aku Terima Nikahnya,
cinta,
Karya Seni,
LeverraBookstore,
novel,
romantik,
saya jual,
Umie Nadzimah
Tuesday, April 8, 2014
Awak Jangan Nakal
Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry.
Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan!
Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul.
Harga Termasuk Postage
Categories
Alaf 21,
Awak Jangan Nakal,
cinta,
LeverraBookstore,
Murni Aqila,
novel,
romantik,
saya jual
Mungkinkah
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”
Harga Termasuk Postage
RM 35.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
Hanni Ramsul,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
Mungkinkah,
novel,
romantik,
saya jual
Monday, April 7, 2014
Kurang Asam Punya Bos !
ELFIRA adalah anak Tan Sri Lukman Hakim, seorang ahli perniagaan yang disegani. Pulang dari luar negara, dia diarahkan bekerja dengan papanya tetapi dia enggan. Dia lebih suka bekerja dengan orang lain.
Tanpa pengetahuan papanya, dia telah meminta kerja di tempat Sofea, sebuah syarikat yang diterajui oleh Tan Sri Mikhail dan anaknya Firuz Eidil. Firuz Eidil bersetuju mengambil Elfira bekerja tetapi dalam masa yang sama dia perlu melakukan tiga kerja, iaitu sebagai pemandu peribadi, pembantu rumah dan despatch. Tanpa berfikir panjang, Elfira terus terima.
Pelbagai insiden lucu berlaku di antara Firuz Eidil dan Elfira hingga membuatkan Elfira makan hati. Tunang Firuz Eidil, Julia cemburu melihat kemesraan mereka. Sejak Elfira bekerja dengan Firuz Eidil, Julia sering diabaikan. Apabila diajak keluar, ada-ada sahaja alasan yang diberi. Julia mula bosan dan berkenalan pula dengan Tengku Naim, kenalan papanya.
Apakah yang terjadi kepada hubungan Firuz Eidil dan Julia? Dapatkah pertunangan mereka bertahan. Dan apa pula yang terjadi kepada Elfira? Dapatkah dia lakukan kerja-kerja yang diberi?
Harga Termasuk Postage
Categories
buku Prima,
cinta,
Kurang Asam Punya Bos,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual
Stanza Cinta
Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina
Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
Galeri Ilmu,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual,
Stanza Cinta
Akadku Yang Terakhir
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
Harga Termasuk Postage
RM 37.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
acik lana,
Akadku Yang Terakhir,
cinta,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual
Sunday, April 6, 2014
Aku Bukan Mistress
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Harga Termasuk Postage
Harga Termasuk Postage
Beli Sekarang
Categories
acik lana,
Aku Bukan Mistress,
cinta,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual
Menantu VS Mentua
MENANTU VS MENTUA
Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.
Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”
Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?
“Sumpah, aku menantu bukan hantu!”
Harga Termasuk Postage
RM 34.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
dyadila,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
MenantuVSMentua,
novel,
romantik,
saya jual
GUY NEXT DOOR
Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.
Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.
“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”
Harga Termasuk Postage
RM 27.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
GuyNextDoor,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
sayajual
Monday, March 10, 2014
Projek Memikat Suami
Drama Projek Memikat Suami gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim sedang mengakhiri penghujung episod di Astro Ria dan Astro Maya. Kepada sesiapa yang belum tonton atau terlepas episod, bolehlah tonton di Astro On The Go kowg yer atau mgkin kowg boleh lah google sendri..itu pon kalau ada lagi sebabnya cek google2 asyik content delete jer..mgkin astro tak kasi publish kot.. Rugi kalau tak tengok tau. Kelakar, romantik, sweet gitu..
Cerita bertemakan perkahwinan secara paksaan yang akhirnya menemui kasih sayang antara pasangan tersebut. Drama terbitan Global Station adaptasi daripada novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah keluaran Karya Seni.
TAJUK : PROJEK MEMIKAT SUAMI (ASTRO RIA)
MULAI: 16 Disember 2013
HARI: Setiap Isnin
MASA : 9.00 - 10.00 Malam
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
PENULIS : Shuhadatul Ain Zakaria, Mickey Sharum
PENERBIT : Global Station
PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)
SINOPSIS NOVEL PROJEK MEMIKAT SUAMI
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
JOM BACA!
Kepada sesiapa yang suka membaca novel bolehlah dapatkan novel Projek Memikat Suami ini di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kalau nak baca online boleh la baca di sini sampai bab 31 jer. Selanjutnya bacalah dalam novel ok..
Categories
Aiman Hakim Ridza,
astro,
astro maya,
astro ria,
cinta,
drama,
Dynas Mokhtar,
Emma Maembong,
favourite,
Hanina Abdullah,
kelakar,
novel,
penulisan2u,
Projek Memikat Suami,
romantik,
Watie Elite
Subscribe to:
Posts (Atom)











