JOM
SHOPPING !!!
Doaku PadaMu...
Penenang Jiwaku...
Putera Agamaku...

Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah
serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Total Pageviews
Salam pembuka bicara...
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Novel. Show all posts
Wednesday, April 9, 2014
Menantu Datin Izzah
Ain Safiah sepatutnya menemani anak lelaki dan emak Datin Izzah selama sehari dua semasa pemergian Datin Izzah ke Melbourne sementara menunggu pembantu rumah baru tiba. Tetapi semua orang menyangka Ain Safiah ‘Neng’,pembantu rumah baru. Walaupun tidak biasa dengan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga orang sakit dan orang tua, kerana kasih sayangnya, Ain Safiah tetap tinggal dirumah Datin Izzah.Di situ Ain Safiah mengenali keempat-empat anaklelaki Datin Izzah. Amar Haziq, Aiman Sabri, Aqeem Amiruddin dan Aqram Faiz. Ada yang dapat terima dan menyayanginya dan ada yang kerek, suka menyusahkan hidupnya. Dalam pada itu Ain Safiah jatuh hati dengan salah seorang anak lelaki Datin Izzah. Tetapi, tidak berbalas, hingga Akhirnya dia pergi membawa diri.Datin Izzah begitu terharu dengan keikhlasan Ain Safiah menjaga Aiman Sabri dan nenek hinggakan dia nekad untuk jadikan Ain Safiah sebagai menantunya. Tetapi,bagaimana mahu mencari Ain Safiah?
“Adakah sudah terlambat untuk kau tahu yang aku sebenarnya mencintaimu?”
Harga Termasuk Postage
Categories
Alina Haizar,
cinta,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
Menantu Datin Izzah,
novel,
saya jual
Pergilah Air Mata
Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah. Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi. Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina. Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung. Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik. Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya. Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.
Categories
cinta,
Hanni Ramsul,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
novel,
Pergilah Air Mata,
saya jual
Tuesday, April 8, 2014
Mungkinkah
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.
Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.
Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya.
Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Tetapi, untuk Zariff, perkahwinan itu secara perlahan-lahan telah mengajarnya tentang kehidupan yang lebih baik. Belajar untuk menjadi ketua keluarga mengajarnya erti tanggungjawab dan dia mula membuka hati untuk menerima perkahwinan itu sebagai satu ikatan yang suci.
Malangnya cara Zariff mendapatkan Arisa, membuat Arisa tidak yakin langsung dengan perubahan Zariff. Lebihlebih lagi, pada masa yang sama, ibu Zariff sibuk mahu menjodohkan Zariff dengan Nabila.
Apakah penamat hubungan di antara Zariff, Arisa dan Nabila? Mampukah Zariff menggapai cintanya? Terus matikah perasaan Arisa kerana duka semalam? Dan, mungkinkah Nabila cinta yang betul-betul layak buat Zariff?
“Mungkinkah hati yang mati, ‘kan bernafas kembali?
“Mungkinkah rasa yang hilang, ‘kan mencari jalan pulang?
“Mungkinkah asa yang runtuh, ‘kan kembali teguh?”
Harga Termasuk Postage
RM 35.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
Hanni Ramsul,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
Mungkinkah,
novel,
romantik,
saya jual
Monday, April 7, 2014
Akadku Yang Terakhir
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”
Harga Termasuk Postage
RM 37.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
acik lana,
Akadku Yang Terakhir,
cinta,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual
Sunday, April 6, 2014
Aku Bukan Mistress
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?
Harga Termasuk Postage
Harga Termasuk Postage
Beli Sekarang
Categories
acik lana,
Aku Bukan Mistress,
cinta,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
novel,
romantik,
saya jual
Menantu VS Mentua
MENANTU VS MENTUA
Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.
Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”
Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?
“Sumpah, aku menantu bukan hantu!”
Harga Termasuk Postage
RM 34.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
dyadila,
Kaki Novel,
LeverraBookstore,
malaysia,
MenantuVSMentua,
novel,
romantik,
saya jual
Subscribe to:
Posts (Atom)







