SMS/WHATSAPP 0173777915
JOM
SHOPPING !!!
Doaku PadaMu...
Penenang Jiwaku...
Putera Agamaku...

Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah
serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Total Pageviews
Salam pembuka bicara...
Showing posts with label Zoey Rahman. Show all posts
Showing posts with label Zoey Rahman. Show all posts
Friday, May 30, 2014
Tuan Rumah Pembantu Rumah Slot Dramady TV3
Petaling Jaya, 21 Mei 2014 – Pantang bertemu pasti akan
bertelingkah seperti anak kecil. Itulah Emir dan Areen. Mereka sentiasa akan
mengenakan antara satu sama lain. Namun, dalam diam ada satu perasaan aneh mula
lahir dalam hati mereka berdua. Adakah perasaan itu dipanggil cinta? Selepas
drama bersiri Yes, Boss! berjaya menempa kejayaan besar dengan sambutan hebat
dari para penonton menerusi slot Dramedy, fenomena tersebut diteruskan lagi
dengan drama bersiri terbaru berjudul ‘Tuan Rumah Pembantu Rumah’ yang
diadaptasi daripada novel popular hasil tulisan penulis hebat, Orkid Edyliyne.
Menariknya, drama siri ini menampilkan gabungan pelakon muda seperti Zoey
Rahman, Nad Zainal, Hisyam Hamid, Syafiq Kyle dan Ramona Zamzam.
Drama bersiri terbaru 24 episod ini diterbitkan oleh JS
Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo). Drama romantik komedi
ini mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan
tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain,
Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri
bagi menenangkan hatinya.
Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan
kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa
mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan
sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan
dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta
keluarganya.
Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah,
kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar
lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak
menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur
dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham
bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa
Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.
Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia
menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk
kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan
sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.
Lut (Syafiq Kyle) iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah
jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa
mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh
Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu.
Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan
Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang
kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan
Areen dari Lut.
Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa
seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga
mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak
itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap
Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen
sengaja memulakan pertengkaran.
Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih
bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen
sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin
(Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu,
Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga
Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini
merupakan seorang chef dan anak orang berada.
Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak
oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia
ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah
menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih
Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa
disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan
kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi
teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?
Adakah tuan rumah dan pembantu rumah akan mengangkat bendera
putih dan mengumumkan kedamaian? Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir
dan Areen? Atau Areen akan kembali pada bekas tunangnya, Taufeeq atau menerima
Lut?
Jangan lupa untuk menyaksikan drama terbitan JS Pictures Sdn
Bhd mulai 31 Mei 2014, setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.00 petang – 6.30
petang! Bagi penonton yang terlepas menyaksikan drama siri ini boleh
menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Untuk
mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama siri ini, penonton
boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial
Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.
JOM DAPATKAN NOVEL INI SEKARANG !!!
SMS/WHATSAPP 0173777915
Tuesday, March 4, 2014
Aku Ada Wali
Pada pagi yang mulia ini, kita nak review and share sikit tang favourite drama kita. Pada yang belum tonton, bolehlah tonton ye..pada yang tak mahu tonton, sangatlah rugi. Kerana jarang-jarang sekali ye drama melayu memaparkan cinta berkonsepkan Islam. Kebanyakan drama melayu kat Malaysia ni 90% nya berkonsepkan cinta barat. Apa yang dikatakan cinta barat nak tahu?? Yang tu ha dok pegang-pegang tangan lah, sms-sms bagailah, dating-dating lah..itu semua siapa yang ajar tu?? hmm..pandai-pandailah jawap ya..
Syumaila seorang pemimpin pelajar yang sibuk dengan pelajaran, program persatuan dan usrah serta sukan. Keutamaan juga adalah fokus mencinta Allah. Cinta kepada Allah itulah menjadi motivasi untuk mencintai ilmu, dan memimpin warga kampus.
Syumaila melanjutkan pelajaran ke Korea bersama-sama Syifa dan Zahira. Naim yang juga pelajar di kolej sama dengan Syumaila menaruh hati padanya dan mencuba pelbagai cara memikat Syumaila. Namun, Syumaila teguh pendirian dan menolak cinta Naim.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Solihu mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.
NOVEL AKU ADA WALI
Manfaat Buku Ini:
LAGU TEMA
JOM TONTON!
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
~ SEKIAN ~
Drama bersiri Aku Ada Wali ni diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal memaparkan kisah cinta berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah. My favourite author ya. huhu ^_^
Pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos, berkata, hampir 80 peratus pengisian drama bersiri itu berdasarkan fakta namun masih mereka masih mengekalkan elemen drama dan komedi bagi menarik perhatian penonton.
Drama ini adalah berkisarkan mengenai pendirian seorang gadis dalam mencari jodoh berlandaskan ajaran Islam di samping pelbagai kisah-kisah menarik.
Ia mempunyai banyak fakta berguna mengenai soal perhubungan lelaki dan wanita, perkahwinan dan perkara berkaitan dengan agama Islam yang sangat berguna dan pada masa sama menghiburkan.
Sementara itu, Aidilfitri berkata, pihaknya memilih Korea Selatan sebagai lokasi penggambaran kerana ingin memberi kelainan kepada drama berkonsepkan Islamik.
Jelasnya lagi, lokasi menarik seperti di Seoul dan Busan mampu memberi kesan berbeza buat drama tersebut.
Hampir 70% babak dalam drama ini dirakamkan di Korea dan telah menghabiskan masa selama 15 hari di sana untuk menjalani penggambaran.
Walaupun cuaca di sana sangat sejuk ketika menjalani penggambaran namun mereka berjaya merakamkan di pelbagai lokasi menarik dengan bantuan Pusat Pelancongan Korea.
Ini info sedikit tentang drama ini:
Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY
SINOPSIS DRAMA
Aku ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan.Syumaila seorang pemimpin pelajar yang sibuk dengan pelajaran, program persatuan dan usrah serta sukan. Keutamaan juga adalah fokus mencinta Allah. Cinta kepada Allah itulah menjadi motivasi untuk mencintai ilmu, dan memimpin warga kampus.
Syumaila melanjutkan pelajaran ke Korea bersama-sama Syifa dan Zahira. Naim yang juga pelajar di kolej sama dengan Syumaila menaruh hati padanya dan mencuba pelbagai cara memikat Syumaila. Namun, Syumaila teguh pendirian dan menolak cinta Naim.
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Solihu mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.
NOVEL AKU ADA WALI
Kepada sesiapa yang suka membaca, bolehlah dapatkan novel Aku Ada Wali ini di sini . Memang best sangat ya. Comel pulak tu buku dia. Rugi kalau kowg tak baca...
Manfaat Buku Ini:
- Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
- Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
- Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
- Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
- Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
- Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
- Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
- Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.
LAGU TEMA
Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha
Categories
Aida Jebat,
Aku Ada Wali,
Busan,
cinta,
drama,
Fatimah Syarha,
favourite,
Islam,
Kathy Azian,
Korea,
Marsha,
novel,
Puteri Chi Chi,
Sabhi Sadhi,
Seoul,
Shawal Ruslan,
Siti Saleha,
TV Alhijrah,
Zahiril Adzim,
Zoey Rahman
Subscribe to:
Posts (Atom)










.png)