Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...
Showing posts with label favourite. Show all posts
Showing posts with label favourite. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Projek Memikat Suami

Posted by Emiera Roselle at 1:59 PM 0 comments

Drama Projek Memikat Suami gandingan Emma Maembong dan Aiman Hakim sedang mengakhiri penghujung episod di Astro Ria dan Astro Maya. Kepada sesiapa yang belum tonton atau terlepas episod, bolehlah tonton di Astro On The Go kowg yer atau mgkin kowg boleh lah google sendri..itu pon kalau ada lagi sebabnya cek google2 asyik content delete jer..mgkin astro tak kasi publish kot.. Rugi kalau tak tengok tau. Kelakar, romantik, sweet gitu.. 

Cerita bertemakan perkahwinan secara paksaan yang akhirnya menemui kasih sayang antara pasangan tersebut. Drama terbitan Global Station adaptasi daripada novel Projek Memikat Suami karya Hanina Abdullah keluaran Karya Seni.

TAJUK : PROJEK MEMIKAT SUAMI (ASTRO RIA)
MULAI: 16 Disember 2013
HARI: Setiap Isnin
MASA : 9.00 - 10.00 Malam
PENGARAH : Emi Suffian Sabhe
PENULIS : Shuhadatul Ain Zakaria, Mickey Sharum
PENERBIT : Global Station

PELAKON: Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)


SINOPSIS NOVEL PROJEK MEMIKAT SUAMI

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

JOM BACA!

Kepada sesiapa yang suka membaca novel bolehlah dapatkan novel Projek Memikat Suami ini di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kalau nak baca online boleh la baca di sini sampai bab 31 jer. Selanjutnya bacalah dalam novel ok.. 

Tuesday, March 4, 2014

Aku Ada Wali

Posted by Emiera Roselle at 8:29 AM 0 comments
Pada pagi yang mulia ini, kita nak review and share sikit tang favourite drama kita. Pada yang belum tonton, bolehlah tonton ye..pada yang tak mahu tonton, sangatlah rugi. Kerana jarang-jarang sekali ye drama melayu memaparkan cinta berkonsepkan Islam. Kebanyakan drama melayu kat Malaysia ni 90% nya berkonsepkan cinta barat. Apa yang dikatakan cinta barat nak tahu?? Yang tu ha dok pegang-pegang tangan lah, sms-sms bagailah, dating-dating lah..itu semua siapa yang ajar tu?? hmm..pandai-pandailah jawap ya..


Drama bersiri  Aku Ada Wali  ni diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal memaparkan kisah cinta berlandaskan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah. My favourite author ya. huhu ^_^
Pengarahnya, Aidilfitri Mohamed Yunos, berkata, hampir 80 peratus pengisian drama bersiri itu berdasarkan fakta namun masih mereka masih mengekalkan elemen drama dan komedi bagi menarik perhatian penonton.
Drama ini adalah berkisarkan mengenai pendirian seorang gadis dalam mencari jodoh berlandaskan ajaran Islam di samping pelbagai kisah-kisah menarik.
Ia mempunyai banyak fakta berguna mengenai soal perhubungan lelaki dan wanita, perkahwinan dan perkara berkaitan dengan agama Islam yang sangat berguna dan pada masa sama menghiburkan.

Sementara itu, Aidilfitri berkata, pihaknya memilih Korea Selatan sebagai lokasi penggambaran kerana ingin memberi kelainan kepada drama berkonsepkan Islamik.
Jelasnya lagi, lokasi menarik seperti di Seoul dan Busan mampu memberi kesan berbeza buat drama tersebut.
Hampir 70% babak dalam drama ini dirakamkan di Korea dan telah menghabiskan masa selama 15 hari di sana untuk menjalani penggambaran.
Walaupun cuaca di sana sangat sejuk ketika menjalani penggambaran namun mereka berjaya merakamkan di pelbagai lokasi menarik dengan bantuan Pusat Pelancongan Korea.

Ini info sedikit tentang drama ini:
Tajuk : Aku Ada Wali
Masa : Setiap Selasa pukul 10 malam.
Episod : 13 episod
Saluran : TV Alhijrah
Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY

SINOPSIS DRAMA
Aku ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan.

Syumaila seorang pemimpin pelajar yang sibuk dengan pelajaran, program persatuan dan usrah serta sukan. Keutamaan juga adalah fokus mencinta Allah. Cinta kepada Allah itulah menjadi motivasi untuk mencintai ilmu, dan memimpin warga kampus.

Syumaila melanjutkan pelajaran ke Korea bersama-sama Syifa dan Zahira. Naim yang juga pelajar di kolej sama dengan Syumaila menaruh hati padanya dan mencuba pelbagai cara memikat Syumaila. Namun, Syumaila teguh pendirian dan menolak cinta Naim.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Solihu mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.


NOVEL AKU ADA WALI

Kepada sesiapa yang suka membaca, bolehlah dapatkan novel Aku Ada Wali ini di sini . Memang best sangat ya. Comel pulak tu buku dia. Rugi kalau kowg tak baca...




Manfaat Buku Ini:
  1. Membuka minda masyarakat hidup ini penuh ujian. Hadapi ia dengan ketabahan.
  2. Menginspirasikan qudwah hasanah kepada para gadis untuk menjadi seorang yang 'mahal' terhadap maruah diri.
  3. Menginspirasikan cara yang diberkati kepada para lelaki: Dekati wali, cinta yang ditawarkan lebih dipercayai.
  4. Membimbing generasi muda agar tidak menghampiri zina. Bermula dengan membaikkan raja yang bernama 'hati'.
  5. Mujahadah itu sakit, melaluinya sangat perit kerana di hujungnya ada 'sakinah' yang berbukit-bukit.
  6. Lalui saat 'berpuasa syahwat', baharu datang rasa lazat saat 'berbuka'.
  7. Ibu bapa akan terinspirasi untuk lebih memahami rasa hati golongan muda-mudi.
  8. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang penulisan skrip drama ataupun filem, buku ini sesuai dijadikan rujukan.

LAGU TEMA

Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat Marsha


JOM TONTON!
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
~ SEKIAN ~


Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template