JOM
SHOPPING !!!
Doaku PadaMu...
Penenang Jiwaku...
Putera Agamaku...

Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah
serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Total Pageviews
Salam pembuka bicara...
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Wednesday, April 9, 2014
Beduk Diketuk
Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.
Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.
Harga Termasuk Postage
Categories
Beduk Diketuk,
buku,
Islam,
LeverraBookstore,
malaysia,
Pahrol Mohamad Juoi,
saya jual,
Telaga Biru
Main Masak-masak bersama Chef Kamarul
Chef Kamarul menunjukkan kaedah memasak bersama anak-anak dengan pilihan sajian yang sesuai untuk kanak-kanak, sukatan yang mudah dengan menggunakan cawan dan sudu, gambar yang menarik serta nota dan tip-tip ringkas sebagai panduan.
Keistimewaan buku ini bukan saja pada jenis resipi yang diberikan malah lebih daripada itu. Buku ini diinspirasikan oleh kanak-kanak untuk kanak-kanak juga. Ingatlah, pelaburan ini amat besar ertinya buat anda dan anak-anak juga.
Harga Termasuk Postage
Monday, April 7, 2014
Tentang Cinta
Isu cinta memang menjadi tarikan untuk para remaja sejak zaman-berzaman lagi. Tentang Cinta ini memberikan tafsiran dan persepsi baru mengenai topik-topik yang sering diperkatakan. Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta? Bagaimanakah cara untuk bercinta? Bagaimanakah pula cara untuk mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta? Cinta yang bagaimana yang dikatakan cinta ada class? Itulah antara persoalan yang akan terjawab di dalam Tentang Cinta ini. Bagi yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan, jangan putus asa. Tataplah Tentang Cinta ini dengan sepenuh hati. Insya-Allah, ada penawarnya.
Harga Termasuk Postage
RM 30.00 (SELURUH MALAYSIA)
Categories
cinta,
Islam,
LeverraBookstore,
motivasi,
novel,
Pahrol Mohamad Juoi,
saya jual,
Telaga Biru,
Tentang Cinta
Subscribe to:
Posts (Atom)




