Salam pembuka bicara...

Salam pembuka bicara...
Showing posts with label Novel Islamik. Show all posts
Showing posts with label Novel Islamik. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Aku Ada Wali

Posted by Emiera Roselle at 4:36 PM 0 comments




Kod Produk
SBK 002

Harga Termasuk Postage
RM 32.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama cinta.

Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.

Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara menghampiri jalan-jalan zina sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat menahan, apabila berbuka penuh keterujaan.

Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Risalah Hati

Posted by Emiera Roselle at 4:35 PM 0 comments




Kod Produk
SBK 001

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Qaniah Syumaila meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan cintanya. Sudah tentu dia mahukan hari pernikahannya patuh piawaian Allah SWT. Dengan berpegang pada ilmu dan hujah, dia melalui hari penting dalam hidupnya tanpa goyah. Walaubagaimanapun, pelbagai tohmahan dan label dilontar kepadanya oleh mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza. Terokai keindahan akhlak wanita ini dalam menangani isu-isu yang Allah benarkan kita berbeza. Strateginya, memenangi hati sebelum memenangi hujah. Tersebarlah cinta menang-menang dalam masyarakat.

Win-win love.


Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu

Posted by Emiera Roselle at 4:34 PM 0 comments




Kod Produk
GB 0178

Harga Termasuk Postage
RM 24.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








CINTA HIGH CLASS
Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara High Class. Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara High Class juga.

CINTAKU KERANA AGAMAMU
Dalam agama Islam, ada perkara yang baik dan perkara yang TERBAIK. Adat yang selari syariat elok diraikan. Masyarakat akan lebih berbaik sangka dengan setiap pilihan orang lain apabila mereka mengamalkan mana yang menjadi prioriti. Inilah namanya konsep fiqh al-awlawiyat.


Sebarkan Cinta-Mu

Posted by Emiera Roselle at 4:32 PM 0 comments





Kod Produk
PTS SC01

Harga Termasuk Postage
RM 33.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang






Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.



Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang!

Posted by Emiera Roselle at 4:31 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1174

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!


Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Posted by Emiera Roselle at 4:30 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1111

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.


Syabab Musafir Kasih

Posted by Emiera Roselle at 4:24 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1072

Harga Termasuk Postage
RM 25.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang








SYABAB, lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan berbuah kematangan. Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta gelombang. Ayuh, SYABAB!


Palestin Tak Pernah Gentar!

Posted by Emiera Roselle at 4:21 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1117

Harga Termasuk Postage
RM 20.00 (SELURUH MALAYSIA)


Beli Sekarang







Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.


Mak, Abah... Redailah Anakmu

Posted by Emiera Roselle at 4:20 PM 0 comments




Kod Produk
TBBK 1120

Harga Termasuk Postage
RM 15.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang






Buku ini merupakan teman buat anak-anak yang mengharapkan keredaan ibu bapa. Sama ada kita ahli perniagaan yang terkaya, arkitek yang terkenal mahupun gembala di hujung kampung, kita selalu lupa bahawa kita masih bergelar seorang anak.

Selanjut manapun usia seseorang itu, dia adalah anak kepada ayah dan ibunya yang wajib disantuni dan disayangi. Jika ibu bapa sudah tiada, maka temanilah mereka dengan kedamaian doa anak soleh. Mempersembahkan panduan dan tip dalam bentuk yang ringkas serta mudah, dihiasi rekaan yang menarik, buku ini mampu menyuntik kesedaran dan kekuatan dalam melahirkan hubungan erat di antara anak dengan ibu bapa. Disulami hadis sahih, ayat al-quran dan kisah-kisah sebagai pengajaran kepada kita. Keredaan Allah SWT berdasarkan keredaan ibu bapa.


Kisah Haiwan Makkah

Posted by Emiera Roselle at 4:19 PM 0 comments





Kod Produk
TBBK 1139

Harga Termasuk Postage
RM 47.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang







Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sessi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:
Gajah Raja Abrahah
Keldai Halimatus Saadiah
Unta Jelmaan
Buraq Israk Mikraj
Ketua Ular Makkah


KISAH HAIWAN MADINAH

Posted by Emiera Roselle at 4:17 PM 0 comments







Kod Produk
TBBK 1140

Harga Termasuk Postage
RM 47.00 (SELURUH MALAYSIA)






Buku ini membawakan kisah-kisah haiwan yang berkait rapat dengan sejarah nabi junjungan Rasulullah S.A.W., iaitu haiwan yang pernah bertemu Baginda S.A.W atau yang hidup pada zaman Banginda S.A.W. Pelbagai peristiwa dan kisah haiwan yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah dipersembahkan dalam gambaran penuh warna-warni dan menarik.

Pendekatan penceritaan yang mudah di dalam buku ini dan ilustrasi berwarna yang menarik yang menghiasi setiap cerita pastinya akan mencetuskan minat kanak-kanak kepada cerita dan buku khususnya. Buku ini sangat sesuai digunakan oleh para ibu bapa dalam menanamkan minat anak-anak kepada buku melalui sesi bercerita sebelum tidur atau pada masa-masa terluang. Juga buku yang sangat baik buat para pendidik dalam menjalankan sessi bercerita dengan anak-anak murid.

KISAH-KISAH MENARIK DALAM BUKU INI:

Merpati Gua Thur
Kuda Surakah
Kambing Betina Mukjizat Nabi
Unta Betina Tunggangan Rasulullah
Kambing Biri-Biri Beracun


TAUTAN HATI

Posted by Emiera Roselle at 4:13 PM 0 comments





Kod Produk 
TBBK 1049

Harga Termasuk Postage
RM 32.00 (SELURUH MALAYSIA)

Beli Sekarang







Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.

Wassalam

Wassalam
 

Cerita Hati Emiera Template by Ipietoon Blogger Template